sedikit penghargaan...

"semoga semua artikal yang ditulis dapat memberikan sedikit perubahan kepada pembaca sambil ana sebagai penulis mendapat sekali pahala hasil perubahan pembaca"

Thursday, December 8, 2011

Pengalaman Mengajar Kita Cara Hidup 2

Bismillahirrahmanirrahim..

Allahumma La Sahla, Illa Ma Ja3altahu Sahla, Wa Anta Taj3alu Allazi Iza In Syi'ta Sahla

"Allahumma InnaKa Ta3lam Anna hazihil Qulub, Qadijtama3at 'ala Mahabbatik, Waltaqad 'ala Tha3atik, Watawahhadat 'ala Da3watik, Wata3ahadat 'ala Nasratik Syari3atik.. Fawaththiqilla humma bitatha, Wa Adimmuddaha Wahdiha Subulaha Wamula'ha Binurik Allazi La Yahbuk.. Wasyrah Sudhuraha Bifaidhil Imanibik, Wa Jamili Tawaquli 'alaik.. Wa Ahyiha Bima3rifatik Wa Amitha 'ala Syahadatik Fii Sabilik.. Innaka Anta Al-'aliul 'adzim.."


Alhamdulillah.. Sekian lama saya tak update laman saya nie.. terlalu sibuk mengharungi badai duniawi sehingga terlupa nak update laman nie..

Sebagai manusia yang pernah duduk terperap di dalam medan latihan da'wah, sudah tentu kaget bila diri ini dibawa keluar melihat suasana dunia sebenar yang berbeza sama sekali dengan medan latihan sebelumnya.. Jika di medan latihan, seorang penda'wah itu sangat menjaga batas-batas pergaulan diantara lelaki dan perempuan hanya kerana suasananya yang begitu indah.. penda'wah itu juga sangat petah dalam berkata-kata terutama dalam menegur rakan-rakan yang melakukan kesilapan.. ada yang sampai sanggup bersumpah akan pertahankan Islam walau apa jua keadaan sekalipun..

Hmm... itu hanya di dalam medan latihan da'wah sahaja.. memang la penda'wah itu dapat melakukan segala-galanya walaupun tanpa disuruh..

Akantetapi, jika dilontarkan penda'wah tersebut ke medan sebenar, akan terbentang 2 situasi yang menunjukkan hasil latihan industri seorang penda'wah tersebut..

Situasi pertama, seorang penda'wah itu dilontarkan ke dalam suasana sebuah institusi pelajaran.. kita anggap je kolej/universiti/seumpamanya.. di Malaysia, sangat susah untuk kita temui suasana yang sama dengan suasana di medan latihan da'wah kita.. dalam situasi belajar.. jadi, faham-faham je la apa yang saya nak sampaikan.. walaupun siswinya bertudung, nampak sopan-santun dll.. tetap akan ada juga hantaran-hantaran  yang dibuat oleh musuh kita iaitu syaitan.. seperti mula-mula berkawan sahaja dengan perempuan, lama-lama   akan berputik juga perasaan di hati tu.. jadi.. jika penda'wah itu menjadi seseorang yang hanya mengikut apa sahaja yang penda'wah lain lakukan tanpa memahami tujuan perlaksanaan tersebut, bila dia berada dalam situasi begini.. tidak ditolak kemungkinan bahawa dia akan terjebak sekali dalam perkara-perkara sebegini.. seperti couple khasnya.. jika instint seorang penda'wah masih kuat dalam jiwanya, dia akan tersedar dan terus melawan hantaran-hantaran halus ini.. jika masih kuat la kan..

seorang penda'wah yang sudah menanam pasaknya dengan kukuh tidak
akan hanyut dengan izin Allah...


Situasi kedua pulak, seorang penda'wah itu dilontarkan  ke dalam suasana sebuah institusi pelajaran yang betul-betul Islamik.. suasananya dihidupkan dengan syiar Islam.. pergaulan dijaga seratus peratus.. segala-galanya dilahirkan melalui hati yang ikhlas tanpa sedikit pun hipokrit di hati.. hmm.. kalau saya dapat suasana macam ni, saya bersyukur sangat-sangat kerana Allah menghantar saya ke tempat macam tu.. kalau ditanya pada pen'dawah yang lain pun akan dijawab jawapan yang sama juga..

Jika diberi pilihan untuk dihantar di mana, sudah pasti anda inginkan situasi kedua juga.. tetapi, jika dilihat pada situasi pertama, seorang penda'wah itu tidak akan hanyut jika semasa di medan latihan dahulu, dia mengumpulkan segala pengalaman-pengalaman daripada orang-orang lama kerana pengalaman orang lama sangat berguna pada orang-orang baru..

Pengalaman Sememangnya Mengajar Kita Cara Hidup.. Lebih-Lebih Lagi Sebagai Seorang Penda'wah..

Tuesday, July 26, 2011

Pengalaman Mengajar Kita Cara Hidup Berlandaskan Islam

|Bismillahirrahmanirrahim|

Alhamdulillah! Setelah lama saya membuat perkiraan tentang batas-batas pergaulan dengan perempuan, akhirnya dapat juga ilham dari Allah Azza Wajalla. Ini juga perbincangan diantara sahabat-sahabat seperjuangan yang membuat kerja-kerja da'wah dari zaman sekolah menengah sehinggalah sekarang. Akantetapi, sahabat-sahabat di KIPSAS juga banyak membantu saya dalam mengajar saya apa yang biasa dilakukan oleh pihak perempuan supaya saya kenal siapakah perempuan yang sebenarnya.

Untuk bacaan umum, saya hanya akan lampirkan dialog saya bersama seorang sahabat saya yang banyak membantu saya walaupun saya jauh dari tempat dia berpijak. Tujuan saya lampirkan dialog ini supaya para pembaca dapat berfikir berdasarkan dialog kami ini.


Amal  : Assalamu'alaikum, akhi! keifa haluka?
Umar : Wa'alaikum salam, Kheir, Alhamdulillah. Wa anta?
Amal : Ana kheir Waalhamdulillah. Eh! ana sbnarnye ad masalah cket. ana nk tnye pndpt nta.
Umar : Pe mendenye?

Amal : nta fham2 je la yg ana nih kn jenis men ikut je korg tuh...pastu bila dh kuar dri klompok korg, ana cam x sedap hati la plak kn..terutama bila msuk hal pompuan...
Umar : apsal? dh cair ngn sesape ke? hahaha...
Amal : ceh! ad tu mesti la tp ana msih tahan sbb x nk trlibat dgn aktiviti couple nih...tp ana rasa lemah je bila time nk bncg ngn pompuan dpn2..lg plak kne bncg satu meja..nta rasa bleh kte bncg ngn pompuan scr brdpn cmtu??
Umar : hmm...nta kne pham yg kte mmg akn brdpn ngn sume tuh cuma Islam ajar kte 
           supaya bncg yg penting je...slbihnye dh kire ngarut n mnjurus ke arah prgauln 
           bebas...ana tau dlu, time kt Hira' kte nk bncg ngn pompuan, msti ad tirai sbg 
           pmisah antara dua...tp bila kte kuar ke realiti sbnar, kte akn trkjut kalo tros ngn 
           sikap cmtu je...snang ckp, bncg bila ad hal pnting je...len2..x prlu...

Hah! Macam tu la cara apabila kita nak berbincang dengan perempuan. Semoga apa yang saya kongsikan pada para pembaca sekalian dapat diamalkan di dalam kehidupan kita.

Bittaufiq Wannajah 3ala Sabilukum!!!

Tuesday, May 24, 2011

-Perumpamaan Mengikuti Jemaah-

Bismillah...

Saya memulakan lintasan ini dengan nama Allah Yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu di dalam dunia ini.

Setelah lama saya memerhatikan dunia ini, timbul rasa ingin berkongsi dengan semua. Kalau sebelum ni saya banyak bergelumang dengan masalah nak ikut ke tak nak sesuatu jemaah, sekarang, saya ingin berkongsi pendapat tentang kenapa pentingnya ikut jemaah.

Saya ingin membawa beberapa perumpamaan yang sama maklumatnya tetapi lain wataknya. Pertama, tentang bola sepak, adakah seorang pemain dapat berdepan dengan pihak lawan dengan mantap apabila dia bermain seorang diri? adakah dia dapat menjaringkan gol dari jarak yang jauh? Jawapannya sama sekali tidak, kerana sudah tentu dia akan cepat penat dan putus asa begitu saja. mungkin dia akan mengaku kalah awal-awal lagi. apabila bermain bola, apa yang diperlukan adalah sebuah pasukan yang saling melengkapi bersama seorang jurulatih yang berpengalaman demi menunjuk corak permainan yang sebenar. apabila lengkap, barulah pemain tadi tidak kepenatan dan tidak beputus asa begitu saja.

Kedua, tentang bina bangunan, adakah seorang buruh dapat membina sebuah bangunan dengan teguh tanpa pertolongan sesiapa pun? adakah dia mampu untuk memastikan rumah tersebut diterima orang? sama sekali, kerana seorang tenaga buruh hanya mampu melakukan semua itu dalam masa 3@4 tahun kerana dia akan memerlukan rehat untuk melakukan kerja-kerja berat yang lain. jika tidak, dia akan mati kepenatan dan dia tahu semua tu. jadi...dia memrlukan tenaga kerja yang ramai untuk membantunya membina dan mempercepatkan proses pembinaan sebuah bangunan. dalam membina bangunan juga memerlukan tenaga yang dapat merancang dan melakarkan bangunan yang ingin dibina. apabila lengkap keperluan itu, maka bangunan yang diidam-idamkan dapat dibina dengan cepat dan teguh berdiri.

OK, sekarang ni jadikan diri kita sebagai pemain bola juga pekerja buruh tadi. adakah kita dapat membawa Islam yang kita faham seorang diri? adakah kita dapat membina sebuah empayar yang berlandaskan syariat Islam dengan seorang diri? jawapannya juga sama iaitu tidak sama sekali. kerana kita boleh bawa Islam denga seorang diri tapi di penghujungnya, kita akan mendapati fahaman kita telah tersasar jauh dari fahaman mereka yang hidup berjemaah. apabila berjemaah, kita akan mendapati bahawa di sekeliling kita ada ramai orang yang ingin tolong apabila kita berada dalam keadaan susah(dengan syarat hidup berjemaah). apabila dalam jemaah, kita akan dapat banyak input daripada sahabat-sahabat seperjuangan kerana mungkin jangkamasa pertemuan pertama dengan kedua kita dah mula lemah semangat, jadi bila berkumpul semula, kita dapat mendengar pendapat dari sahabat yang lain.

Begitulah kehidupan berjemaah yang dapat saya kongsikan dengan sahabat semua. pilihlah jemaah mana kita rasa sesuai dengan kita dan tidak bertentangan dengan syara'. terlalu banyak jemaah yang bergerak di dala negara kiata ini seperti ISMA, JIM, IKRAM, ABIM, HALUAN, dan sebagainya. semoga terus tetap teguh di atas jalan ini.

Monday, March 28, 2011

Pilihan Pangkal Jalan Yang Betul Dapat Membentuk Perjalanan Hidup Yang Cemerlang

::.Bismillah Arrahman Arrahim.::


Kini kembali bernafas setelah sebulan tidak menyentuh ruang karangan hati ini dek kecelaruan yang berlaku terhadap sistem pemikiran diri ini. Sebagai seorang manusia yang pernah mengikuti proses tarbiyah, saya berasa hati yang dahulunya penuh dengan mutiara-mutiara yang bersinar telah kosong dan semakin kosong apabila terputus sebentar selama hampir 6 bulan tanpa sistem usrah. Akan tetapi, jiwa ini sudah mula terisi dengan bersambungnya kembali sistem usrah dan sedang diisi dengan benih-benih iman bersama kenalan baru dari Rantau Panjang, Fazaha namanya.

Sejujurnya, saya sememangnya baru menjejakkan kaki di atas bumi yang betul-betul nyata kerana saya baru mengerti proses menuntut ilmu bukanlah dengan berpandukan kawan semata-mata. Bahkan, ia amat bergantung kepada diri kita sendiri kerana di masa hadapan, hanya diri kita sahaja yang akan menempuh segala rintangan dalam kehidupan dewasa nanti. Sebagai buktinya, ketika dalam keadaan susah, tidak ramai kawan yang sanggup menghulurkan bantuan kepada kita bagi menghadapi sesuatu peristiwa, walhal, ketika dalam keadaan senang, sungguh ramai kawan yang bersemangat dalam memberi bantuan walaupun rintangan di hadapan sangat besar.

Sebaris dengan tajuk yang tertulis di atas, saya ingin mengingatkan diri saya, khasnya dan sidang pembaca amnya agar ketika memilih bidang yang ingin disambungbelajar dapat dipilih dengan pemilihan yang muktamad dan tidak mengikut pemilihan sepertimana sahabat kita pilih(jika tidak tercapai akan kemampuan diri). Adalah kerana pilihan sahabat kita tidak semestinya bersesuaian dengan apa yang diri kita mampu lakukan kerana kesannya bukanlah ketika ini, akan tetapi, ia akan memberi kesan ketika kita meningkat dewasa nanti. Padahal, ketika sahabat-sahabat kita gembira dengan pemilihan mereka yang tidak sia-sia, kita hanya akan berlinangan air mata penyesalan yang sudah terlambat dan akhirnya menganggurlah kerjaya paling sesuai untuk kita.

Kesemuanya dapat disimpul dalam satu simpulan iaitu, "pengalaman masa silam adalah guru yang terbaik bagi semua manusia untuk berhadapan dengan masa depan mereka". Jika tiada pengalaman, carilah ia walaupun sedikit atau secebis demi mewarnai masa depan kita. amiin.

"Ya Allah, sesungguhnya tiada kemudahan kecuali apa yang telah Engkau jadikan ia mudah. Dan Engkau jadikan duka cita(kesusahan) itu sesuatu yang mudah " amiin.

::.Sadaqallahul'adzim.::

Friday, January 14, 2011

tersusun segala urusan...

Bismillahirahmanirrahim...

Sekarang saya berada di dalam Masjid Bandar Di Raja Klang yang mana jam di sini menunjukkan tepat pukul 10.52 pagi. Terasa letih menghinggap sehingga ke hujung buku lali setelah penat berjalan-jalan di kawasan Pejabat Agama Islam Daerah Klang & Bangunan MPK. Kebetulan hari ini adalah hari jumaat dan seluruh umat Islam akan berhimpun di setiap masjid yang terdapat di mana-mana tempat mereka berada bagi menunaikan solat fardhu jumaat secara berjemaah. Berkaitan dengan Masjid Bandar Di Raja Klang ini, persiapan yang rapi telah dibuat bagi menyediakan kedudukan yang paling selesa untuk semua jemaah yang akan bertandang di masjid ini nanti. 

Antara persiapan yang telah diperlihatkan kepada saya ialah menyedut segala habuk yang terdapat pada karpet-karpet masjid. Mungkin perkara ini dilihat secara remeh-temeh sahaja tetapi tidak bermakna ia tidak diperlukan dalam mempersiapkan tempat yang bersih untuk solat kita. Sebagai contoh saya bawakan suasana ketika khatib sedang berkhutbah di mana para jemaah akan berasa tidak selesa jika terdapat habuk di dalam karpet masjid. Bukan kerana debu-debu yang terdapat di dalamnya tetapi terdapatnya binatang-binatang kecil yang boleh membawa kepada ketidakselesaan jemaah ketika mendengar khutbah.

Selain itu, mereka juga membuat persiapan dari segi elektronik seperti mikrofon, pembesar suara, pencahayaan lampu, kipas-kipas, dan sebagainya. Sungguh menakjubkan apabila dipasangkan LCD screen & projector untuk dipertontonkan pada jemaah yang tidak dapat melihat khatib dengan jelas. Selesai persiapan untuk Program Solat Jumaat yang telah disusun oleh Allah dan akan berlangsung pada setiap hari jumaat bertempat di setiap masjid-masjid berdekatan dengan kita. Diperlukan juga akan persiapan untuk menunaikan solat jumaat bagi seorang muslim selaku jemaah di dalam solat itu.

Semua ini banyak mengingatkan saya pada salah satu ciri-ciri sifat peribadi muslim yang telah digariskan oleh Imam Sheikh Hasan Al-Banna iaitu Tersusun Segala Urusan. Apabila urusan kita tersusun setiap masa, maka kita akan mendapat mendapat manfaat dari pelbagai sudut terutama sekali sudut masa kita. Masa yang diperlukan untuk seseorang melakukan sesuatu perkara seperti membuat sebuah majlis penyampaian hadiah. Jika dia melakukan persiapan yang rapi sebelum majlis tersebut bermula, maka dia akan kelam-kabut ketika berlangsungnya majlis itu. Begitu juga dengan perkara lain. Jadi, sebagai seorang muslim kita wajib menjaga diri daripada bermalas-malasan dan sebagainya.
Itu sahaja...Sadaqallaul 'adzim...

-penulis-

Thursday, January 13, 2011

perlukah komputer di dalam kehidupan??

Bismillahirrahmanirrahim...

Pagi tadi, saya telah pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah Klang untuk urusan permohonan guru KAFA bagi mengisi ruang penantian result STAM. Setelah selesai, saya menyeberangi jalan besar di hadapan pejabat daerah itu. Terus-terang saya cakap, terasa macam selautan buaya yang sedang menanti makanannya jatuh ke dalam mulutnya(ni peringatan 1#).

Selesai menyeberangi jalan besar tu, saya terus berjalan menuju ke Masjid Bandar Di Raja Klang untuk beriktikaf di situ. Sesampainya saya di masjid itu, terasa sangat lama tidak menunaikan solat sunat dhuha jadi peluang telah dibuka dengan sangat luas dan saya terus menunaikan solat dhuha dengan rasa bersyukur(ni peringatan 2#).

Selesai solat dhuha, saya bersandar di tepi dinding berdekatan sambil tangan mengaktifkan netbook samsung untuk menyambung kerja sedikit. Sedang saya khusyu' melayan netbook, seorang pak cik berumur 40an nak masuk 50 tahun datang menyerpa saya dengan salam. Ikuti perbualan kami di bawah:-

___________________________________________________________________________________

pak cik : assalamu'alaikum! belajar lagi ke?
saya     : wa'alaikum salam, eh! tak lah...dah habis dah. sebelum saya amik STAM. skang ni tengah cari keje sementara...ye la tengah result kan..

pak cik : kamu ade komputer ye? pak cik ingat, nak beli 1 untuk pak cik belajar.
saya     : ha! pak cik masih belajar ke?

pak cik : idak le..pak cik nak belajar cara nak guna komputer ni je..kamu tu muda2 lagi dah pandai dengan komputer tu. pak cik ni pun x tau cuma solat.
saya     : eh! tak delah pak cik...ni bleh belajar sendiri la...

pak cik : hmm...kamu bleh buat kelas ni...buat la kelas komputer dekat2 rumah kamu tu...ambil je la sorang 10 ringgit ke kan...kan untung tu...
saya     : pak cik keje kat masjid ni ke?

pak cik : idak lah!! pak cik keje kat Pejabat Perkhidmatan Pertanian sana tuh...saje je datang ke masjid ni nak solat dhuha jap..sekali-sekala solat apa salahnya kan...bersyukur kepada Tuhan kan..
saya     : hmm...betul2..pak cik minat nak beli komputer ni ke??

pak cik : pak cik bukannye minat pada komputer kamu tu tapi pak cik minat pada komputer Sony. Sony, barang2 dia semua bagus...

Baik! cukup sekadar itu...
___________________________________________________________________________________

Sebenarnya, kalau kita perasan tentang apa yang dibualkan oleh saya dan pak cik tadi banyak berkisar pasal komputer kan...timbul satu persoalan dalam benak diri saya. Adakah pentingnya komputer di dalam kehidupan kita? Kalau dilihat situasi zaman sekarang, hampir setiap orang di dalam dunia ini mempunyai komputer di dalam kediaman ataupun pejabat mereka. Tak kiralah komputer riba ke, komputer desktop ke, ipod ke, ipad ke, dan sebagainya, semuanya ada.


Cuba bayangkan jika tak ade komputer lebih2 lagi kita sebagai daie yang memerlukan segala kemudahan teknologi bagi mempermudahkan kerja-kerja berda'wah. Bagi mereka yang bekerja di pejabat pendidikan amat memerlukan komputer kerana kerja2 menulis amat memerlukan komputer bagi mencantikkan tulisan sepertimana yang diinginkan...Kalau seorang pencari maklumat ingin mencari maklumat, maka dia akan mencari maklumat di dalam internet. Internet memerlukan komputer untuk diakses.

Fikir-fikirkan....Sadaqallahul 'adzim...


-penulis-

Monday, January 10, 2011

Peta adalah perkara yang palig penting dalam setiap urusan perjalanan

Bismillahirrahmanirrahim...

Baru-baru ni, saya telah mengikut rombongan yang menuju ke Akademi Ikatan Muslimin di Ipoh, Perak. Secara jujurnya saya memang tak tahu sangat tentang jalan-jalan yang membawa kami ke Ipoh. Mujurlah diantara kami ada yang mengetahui sedikit tentang peta perjalanan kami ke sana. Alhamdulillah.

Namanya Fulan(bukan nama sebenar) selaku penunjuk arah perjalanan kami ke Ipoh. Dia membawa kami melalui federal highway disamping matlamatnya ingin melalui jalan yang mempunyai 2 bukit bercahayakan lampu spotlight di kiri & kanan jalan tersebut. Disebabkan ingatan yang sedikit terlupa tentang jalan menuju ke situ, kami telah tersesat si sekitar KL dan akhirnya kami mengambil keputusan berpatah-balik dan masuk melalui jambatan berkembar Sunway Piramid dan terus berpandukan signboard Ipoh.

Akhirnya, sepatutnya kami hanya mengambil masa cuma 3 jam, kami telah tertambah 1 jam dan menjadikannya 4 jam. Kami bertolak pukul 12 malam & ke atas dan tiba sekitar pukul 4 pagi. Kami hanya dapat berehat selama 2 jam sehingga subuh sahaja akibat terlalu lame "meronda-ronda" di KL.

Begitu juga dengan kita sebagai seorang daie. Seorang daie perlu memantapkan dirinya disamping dia perlu menunjukkan arah yang sepatutnya mereka pergi dengan sebetulnya kepada orang-orang yang dibawanya. Jika seorang daie tidak tahu tentang "peta" yang sebenar, maka orang yang dibawanya akan tersesat jalan sebagaimana kami yang tersesat jalan menuju ke Ipoh tadi.

Kesimpulannya, peta adalah perkara yang paling penting dalam setiap perjalanan. Tidak kiralah apa-apa pun jenis peta, kertas peta ke, GPS ke, google maps ke. Asalkan perkara seperti itu sangat penting untuk perancangan hidup kita.

Sadaqallahul 'adzim.
-Penulis-
 
 

Followers

Pembaca